HIBURAN
Andy Teh Teruja Kategori Baharu Diperkenalkan - “Mungkin Ada Peluang Untuk Tercalon”
Pelakon, Andy Teh meluahkan rasa gembira apabila Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) mewujudkan satu kategori baharu iaitu Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.
Menurut Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat, 40, pengiktirafan tersebut mampu menyuntik semangat dalam kalangan anak seni yang sering mempertaruhkan diri demi menjayakan adegan berbahaya.
“Saya bermula sebagai pelakon lagak ngeri, jadi bila kategori baharu ini diperkenalkan, saya rasa seronok. Mungkin ada peluang untuk tercalon, harap ada rezeki.

“Sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai bagaimana pasukan ‘stunt’ di Malaysia kurang dihargai. Jadi, apabila ada anugerah seperti ini, sekurang-kurangnya ia dapat menaikkan semangat para stuntman,” katanya kepada Gempak.
Andy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media FFM34 yang diadakan di FINAS, Hulu Kelang, pada Selasa.
Bagaimanapun, pelakon itu tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi kategori tersebut cuma dia berharap kategori ini dapat menjadi pembakar semangat buat pelakon.
“Ini satu perkembangan yang sangat positif, lebih-lebih lagi dengan semakin banyak filem aksi dihasilkan di Malaysia. Semoga ia menjadi pembakar semangat buat pelakon dan koreografer aksi,” ujarnya.
Sekadar info, FFM34 akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 8 November 2025.