Komposer terkenal, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah menerima satu pengiktirafan di negara jiran yang memberi gambaran seolah seniman berbakat besar itu dipinggirkan di negara sendiri.

Perasaan tersebut dikongsi pelakon senior, Datuk Seri Shah Rezza menerusi akaun Instagramnya, @shahrezza61 memuat naik satu video di mana anugerah tersebut disampaikan dalam satu program di Indonesia.

"Semoga Arwah Pak Ngah tenang disana dan terus dikenang pencinta Seni Melayu tulen & Jujur. Al Fatihah," katanya.

Assalamualaikum... Aneh ya, Yang Jauh Lebih Dahulu Menghargai PERMATA Yang menyinar di depan Mata... Wallahu Alam.... Semuga Arwah PAK Ngah tenang disana dan terus dikenang pencinta Seni Melayu tulen & Jujur ... Al Fatihah ?. Terimakasih #indosiar #indonesia

A post shared by Shah Rezza (@shahrezza61) on


Status itu turut menarik perhatian netizen di media sosial yang memberikan komen terhadap anugerah yang diterima Pak Ngah.

"Macam-macam benda pelik berlaku di negara kita. Dari dunia politik hingga ke dunia seni," kata @haseenahsam.

Begitu juga, netizen yang dikenali sebagai @hallidlufias79 berpandangan artis barat lebih dihargai dibandingkan artis tempatan.

"Memang aneh, saya tengok ramai lagi artis layak diberi anugerah, lebih-lebih lagi artis yang terlebih dahulu dalam dunia hiburan ini tidak kiralah pelakon ke penyanyi, ini entah apa-apa sumbangan diberi tiba-tiba dapat anugerah, pilih atas dasar apa?.

"Carilah perubahan mohon hargai yang lama, tiada yang lama tiadalah yang baru jangan bila dah tiada baru diberi penghargaan tak merasa nak rasa nikmat dihargai tu, ramai lagi yang layak yang baru sekarang tak layak lagi kalau sumbangan dalam industri hanya seketul dua," katanya.

Menurut anak Pak Ngah, Megat Mohd Syahrini, bapanya menerima anugerah Penghargaan Khusus Maestro Muzik Melayu pada acara Anugerah Dangdut Indonesia 2018 yang berlangsung di Jakarta, kelmarin.

Pak Ngah sebelum ini pernah mewakili negara sebagai juri pada pertandingan Dangdut Academy Asia dari musim pertama hingga ketiga, sepertimana dilaporkan Harian Metro.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @pakngahsuhaimi