gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Pearly-Thinaah Naib Juara Terbuka Indonesia, Bawa Pulang RM214,545
BERITA
Kemalangan Bas UPSI: Syarikat Bas Nafi Guna Khidmat Pemandu Lori
HIBURAN
Ditahan Wad Akibat ‘Tension Headache’, Wani Kayrie Terhutang Budi Dengan Afieq Shazwan & Adik - “Dari 1 Pagi Sampailah Subuh, Mereka…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Anehnya! Facebook Tangmo Tiba-Tiba Aktif, Update Status Mencurigakan! - "Saya Didera Oleh ..."

gempak
Amri Hassan
23/05/2022
01:45 MYT
Sponsor Banner
Anehnya! Facebook Tangmo Tiba-Tiba Aktif, Update Status Mencurigakan! - "Saya Didera Oleh ..."
Memang aneh! Akaun Facebook milik selebriti terkenal Thailand yang telah meninggal dunia Februari lalu, Tangmo Nida, tiba-tiba aktif.
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Status pertama yang dimuatnaik pada 11.23 pagi memaparkan gambar Tangmo dari belakang dengan status berbunyi; "Saya telah dideda oleh rakan yang disayangi dan dipercayai.
Kemudian, menerusi status kedua pula pada pukul 4.10 petang, memberitahu Tangmo tidak ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada lima individu.
"Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada 5 orang.
"Jika tak mahu cakap benar, saya akan ceritakan semua perkara yang berlaku atas speedboat malam kejadian kepada semua orang.
"Delete semua details dalam handphone.. Jangan ingat tak boleh recall balik ya kawan-kawan baik ku," tulis akaun berkenaan.
Status lain yang dimuatnaik di Facebook Story pula seperti cuba memberitahu tentang kebenaran apa yang telah berlaku.
"Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang," tulis akaun itu lagi.
Biarpun ada yang mendakwa status itu ditulis oleh ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothi, peguam wanita berkenaan menafikan perkara terbabit.
Sebelum ini, pihak berkuasa membuat keputusan bahawa Tangmo telah meninggal dunia akibat lemas dan bukan kerana terjatuh dengan sengaja ke dalam sungai Chao Phraya selepas dua bulan siasatan.
Ia sekali gus menafikan tuduhan kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian rakan-rakannya.
Untuk rekod, Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di sungai Chao Phraya pada 24 Februari dan mayatnya ditemui dua hari kemudian.
Topic Berkaitan
#Viral
#Meninggal Dunia
#Facebook
#Thailand
#Mati
#Bot
#Tangmo
#Sungai Chao Phraya
Must-Watch Video