Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Angan-Angan Jadi Realiti” – Lepas Lima Tahun, Tomok Syukur Akhirnya Dah Tamat Belajar

Mya Amri 18/02/2020 | 10:48 MYT
Penyanyi Tomok meluahkan rasa syukur selepas berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Tomok telah memuat naik beberapa keping foto bersama rakan seperjuangan ketika berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) cawangan Kuala Lumpur untuk tatapan umum.
Menurut Tomok, terdapat banyak kenangan suka duka sepanjang lima tahun bergelar pelajar di UUM.
“Sedar tak sedar… Alhamdulillah setelah 5 tahun, kami berjaya habiskan exam terakhir di UUM. Banyak kenangan suka dan duka yang kami lalui bersama... Serius tak sangka dah habis belajar.
“Dari angan-angan semuanya menjadi realiti. Terima kasih kawan-kawan atas tunjuk ajar, terima kasih atas sokongan buat aku selama ini.
“Buat tenaga pengajar, jutaan terima kasih untuk segala ilmu yang diberi, minta halal segala ilmu buat kami semua. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik untuk industri,” tulisnya

sedar tak sedar alhamdulillah setelah 5 tahun,kami berjaya habiskan exam terakhir di UUM . banyak kenangan suka dan duka yg kami lalui bersama...serius tak sangka dah habis belajar . dari angan-angan semuanya menjadi realiti..terima kasih kawan-kawan atas tunjuk ajar..terima kasih atas sokongan buat aku selama ini . buat tenaga pengajar..jutaan terima kasih untuk segala ilmu yang di beri..minta halal segala ilmu buat kami semua..insyaallah kami akan buat yg terbaik untuk industri . sedar tak sedar . #sedartaksedar #BCIM #UUM #UUMKL #FAMILY ????❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rakan selebriti juga turut mengucapkan tahniah kepada Tomok.
Antaranya Hairul Azreen, Shuib Sepahtu dan Achey Bocey.
Terdahulu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, telah memilih bidang Pengurusan Industri Kreatif dalam Pengajian Jarak Jauh di UUM.
#Penyanyi #Tomok #Penyanyi
;