Kes hak penjagaan anak di antara dua pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie dan bekas suaminya, Brad Pitt Masih belum selesai.

Terbaru, Angelina mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan berpindah ke London, England bersama enam orang anaknya, Maddox, 17, Pax, 14, Zahara, 13, Shiloh, 12, Knox, 10, Vivienne, 10.

"Perkara ini telah membuatkan Brad berasa risau kerana peluang untuk bertemu dengan anak-anaknya semakin tipis.

"Angelina mahu terus kekal tinggal di London dan sudah semestinya dia akan mengawal ketat anak-anaknya," kata sumber.

Sebelum ini, Angelina mendakwa bekas suaminya itu tidak memberi nafkah kepada anak-anak mereka, namun perkara itu dinafikan oleh Brad dengan menyatakan dia telah membiyai anak-anaknya dengan jumlah yang lebih besar dari yang sepatutnya.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com