Selepas sekian lama menanti, filem Those Who Wish Me Dead akhirnya mula ditayangkan.

Biarpun masih belum ada ‘sinar’ untuk disiarkan di pawagam, namun penonton berpeluang menyaksikan filem terbaru ini menerusi platform Astro Best!

Gempak sempat menonton Those Who Wish Me Dead dan ini lima sebab mengapa ia sebuah filem yang sangat bagus untuk ditonton!

#1 Angelina Jolie

Bila agaknya kali terakhir anda menonton aktres hebat ini di layar perak? Sudah lama bukan?

Jadi, inilah peluang untuk peminat Angelina Jolie untuk melihat aksi lakonan terbarunya.

Seperti biasa, anda pasti tidak akan kecewa dengan Angelina Jolie!

#2 Kisah ‘Smoke Jumper’, Hero Tak Didendang

Mungkin ada yang tidak tahu terdapat anggota bomba yang dikhususkan menjadi ‘smoke jumper’.

Mereka ditugaskan untuk terjun menggunakan payung terjun lalu mendarat di bahagian kebakaran yang agak terpencil.

Selalunya kepakaran mereka diperlukan jika berlaku kebakaran membabitkan hutan yang besar atau di kawasan pergunungan.

#3 Super Intense!

Melihat jalan ceritanya saja sudah menimbulkan rasa cemas, apatah lagi jika menonton filem ini.

Those Who Wish Me Dead mengisahkan tentang Hannah, seorang anggota bomba yang masih trauma dengan kebakaran berlaku di kawasan pegunungan Montana.

Dugaan Hanna kemudian bertambah berat apabila muncul seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi buruan dua penjenayah.

Jangan tak percaya 10 minit pertama filem ini saja, anda akan ‘dijamu’ dengan babak rumah yang diletupkan! Mind blowing!

#4 Pergelutan Emosi Angelina Jolie

Watak Hannah yang dibawa oleh Angelina Jolie boleh dikatakan agak ‘berat’ kerana dia terpaksa berdepan trauma akibat kisah lampau.

Perasaan serba salah dan penyesalan kerana tidak dapat menyelamatkan sekumpulan kanak-kanak beberapa tahun lalu masih menghantui Hannah.

Menerusi filem ini kita boleh lihat bagaimana Angelina Jolie membawa watak tersebut dengan cemerlang! Boleh terasa emosinya!

#5 Filem Wajib Tonton!

Filem ini mempunyai kelebihan tersendiri kerana jalan cerita yang agak berbeza.

Selain memfokuskan aksi pembunuhan kejam, filem ini juga memaparkan sisi gelap manusia yang menjadi punca kebakaran hutan.

Agak ‘deep’ sebenarnya filem ini, kerana manusia hutan jadi mangsa!

Apapun filem berdurasi 1 jam 40 minit sangat berbaloi untuk ditonton!

Sewa dan strim di Astro Best Saluran 481 atau On Demand Store.

Anda boleh lihat info lanjutnya di sini, https://content.astro.com.my/astro-best'