Selepas penceraian, pelakon jelita Hollywood, Angelina Jolie telah menghalang bekas suaminya, Brad Pitt dari berjumpa enam orang anak mereka, Maddox, 17, Pax, 14, Zahara, 13, Shiloh, 12, serta kembar Knox dan Vivienne, 10.

Perkara ini telah mengundang perhatian seorang ahli psikologi yang bernama Ernest R. Katz atau lebih ringkas dikenali sebagai Katz.

"Konflik yang berlaku akan membuatkan kanak-kanak tersebut berasa tertekan dan mempunyai kecenderungan untuk tidak menyukai salah seorang dari ibu bapa mereka.

"Tekanan yang dialami kanak-kanak akibat percakapan negatif ibu bapa selepas penceraian boleh berkekalan sehingga mereka dewasa," kata Katz.

Angelina dan Brad pernah dikenali sebagai ikon pasangan romantis di Hollywood, lakonan mereka dalam filem Mr. & Mrs Smith pada tahun 2005 masih diminati peminat sehingga kini.