Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Angelina Jolie Sudah Move On! Sedia Cari Teman Hidup Baru

Asraf Aided 26/03/2021 | 01:50 MYT
Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie dilaporkan bersedia untuk mengenali teman hidup baru.
Memetik laporan Celebrity Insider, Angelina yang sudah 'move on' dari bekas suaminya, Brad Pitt itu dibantu oleh rakan baiknya, Ellen Pompeo untuk mencari kenalan sesuai buat bintang Maleficent itu.
"Angelina merasakan sekarang masa yang sesuai untuk dia keluar, dia mahu mengenali lelaki baru.
"Dia mahu mengenali seorang yang juga 'A-Lister' seperti dirinya supaya saling memahami tentang kehidupan glamour.
"Ellen telah membantunya dengan memberi beberapa cadangan," jelas satu sumber.
Walaubagaimanapun, sumber tersebut tidak mendedahkan individu yang dicadangkan Ellen terhadap Angelina.
Terdahulu, Brad Pitt dan Angelina Jolie mendirikan rumah tangga pada 2014 selepas 10 tahun bercinta dan bercerai pada September 2016.
#Hollywood #Brad Pitt #Angelina Jolie #Move On
;