Laman Utama

Anggap British Bantu Bangunkan Negara Ketika Menjajah Tanah Melayu? Vivy Yusof Dikritik Netizen

Izwan Isa
22/03/2022
23:50 MYT
Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila usahawan fesyen popular, Vivy Yusof mengulas mengenai kesan kedatangan British ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Menerusi satu hantaran Instagram Story, Vivy berkata kepada anaknya: “Long time ago, the British came to colonize our country. And they helped develop the country, that’s why we take photos of them,” ucapnya. Dalam erti kata lain, Vivy memberi gambaran bahawa pihak British datang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu adalah untuk membantu membangunkan negara.
Kenyataan Vivy itu nampaknya menyorot perhatian ramai netizen. Hampir semua melahirkan rasa kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh Vivy.
Menerusi satu ciapan semula, seorang netizen membayangkan bagaimana perasaan pejuang-pejuang Tanah Melayu dahulu jika terdengar kenyataan yang diluahkan oleh usahawan berkenaan.
“Para pejuang kemerdekaan dan patriot tanah ini akan menjerit menentang hal ini. Tok Janggut dan saudara-saudaranya tidak mati kerana omong kosong ini. British dan sejenisnya menjajah untuk mendapatkan sumber kita dan membina monumen untuk kesenangan mereka sendiri, bukan untuk kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat sesetengah individu masih lagi dijajah walaupun sudah menginjak ke tahun 2022.
“Ye british bina jalan dan infra, bukan untuk nenek moyang kau guna pun. Untuk senangkan dia nak rompak hasil bumi kau. Minda dijajah dari dulu sampai 2022. Kesian bangsa ni,” tutur seorang lagi netizen.
Begitupun, ada juga pengguna Twitter yang berpendapat bahawa British bukanlah seterus seperti yang disangka.
“Saya rasa, dalam banyak-banyak penjajah, British bukanlah yang paling teruk. Sekurang-kurangnya, kita dapat sesuatu seperti pengangkutan, badan kehakiman dan lain-lain.
“Bandingkan dengan Indonesia, Filipina dan Belanda serta Spanyol. Tidak bermakna saya bersetuju dengan penjajahan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Donald Trump Ditembak Pemuda 20 Tahun, 3 Kes Serangan Ini Jadi Sejarah Dunia

gempak
15/07/2024
13:40 MYT
Dunia dikejutkan dengan cubaan membunuh terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu berkempen di Butler, Pennsylvania.
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Sukan

Bronny & LeBron James Cipta Sejarah! Jadi Duo Anak Beranak Pertama Bermain Satu Gelanggang Di NBA

gempak
28/06/2024
15:55 MYT
Bintang bola keranjang, LeBron James dan anak lelakinya Bronny James akan menjadi pasangan bapa-anak pertama yang berkongsi satu gelanggang untuk pasukan terkenal, Lakers.
Hiburan

Muzik Dimatikan, Anang Kena Ejek Satu Stadium Kacau Kemenangan Bersejarah Timnas Indonesia

gempak
12/06/2024
12:59 MYT
Penyanyi Anang Hermasyah dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia menang perlawanan ke atas Filipina.
Hollywood

1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad

gempak
05/05/2024
08:45 MYT
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.