Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Anggap British Bantu Bangunkan Negara Ketika Menjajah Tanah Melayu? Vivy Yusof Dikritik Netizen

Izwan Isa 22/03/2022 | 23:50 MYT

Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila usahawan fesyen popular, Vivy Yusof mengulas mengenai kesan kedatangan British ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Menerusi satu hantaran Instagram Story, Vivy berkata kepada anaknya: “Long time ago, the British came to colonize our country. And they helped develop the country, that’s why we take photos of them,” ucapnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam erti kata lain, Vivy memberi gambaran bahawa pihak British datang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu adalah untuk membantu membangunkan negara.
Kenyataan Vivy itu nampaknya menyorot perhatian ramai netizen. Hampir semua melahirkan rasa kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh Vivy.
Menerusi satu ciapan semula, seorang netizen membayangkan bagaimana perasaan pejuang-pejuang Tanah Melayu dahulu jika terdengar kenyataan yang diluahkan oleh usahawan berkenaan.
“Para pejuang kemerdekaan dan patriot tanah ini akan menjerit menentang hal ini. Tok Janggut dan saudara-saudaranya tidak mati kerana omong kosong ini. British dan sejenisnya menjajah untuk mendapatkan sumber kita dan membina monumen untuk kesenangan mereka sendiri, bukan untuk kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat sesetengah individu masih lagi dijajah walaupun sudah menginjak ke tahun 2022.
“Ye british bina jalan dan infra, bukan untuk nenek moyang kau guna pun. Untuk senangkan dia nak rompak hasil bumi kau. Minda dijajah dari dulu sampai 2022. Kesian bangsa ni,” tutur seorang lagi netizen.
Begitupun, ada juga pengguna Twitter yang berpendapat bahawa British bukanlah seterus seperti yang disangka.
“Saya rasa, dalam banyak-banyak penjajah, British bukanlah yang paling teruk. Sekurang-kurangnya, kita dapat sesuatu seperti pengangkutan, badan kehakiman dan lain-lain.
“Bandingkan dengan Indonesia, Filipina dan Belanda serta Spanyol. Tidak bermakna saya bersetuju dengan penjajahan,” katanya.

#Vivy Yusof #British #Sejarah
;