"Anggap Sahabat...Batang Hidung Pun Tak Nampak!" - Luahan Zulin Aziz Sebelum Masuk Bilik Pembedahan

Asraf Aided
November 27, 2019 04:28 MYT
Pengacara dan pelawak popular Zulin Aziz berkongsi perkembangannya yang sedang berada di Hospital untuk menjalani pembedahan.
Menurut Zulin, dia dijadualkan untuk masuk ke bilik pembedahan pada jam 9.00 pagi tadi.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Assalamualaikum selamat pagi, dah bangun mandi, subuh, ambil gas, kejap lagi jam 9.00 pagi nak masuk bilik bedah.
"Tak pernah, jadi takutnya Allah saja tahu, doa tak berhenti, minta semua doakan..keluarga, sahabat dan anda semua mendoakan, Masya-Allah terima kasih," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Zulin turut mendedahkan ada teman rapat yang tidak melawat mahupun mengambil tahu tentang keadaan terkini dirinya.
"Ada juga yang ku anggap sahabat tapi batang hidung pun tak nampak, ambil tahu pun tidak, bila minta tolong kita baru nak muncul, kecewa rasa, all the best for your career, semoga bahagia," tulisnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai respon dari para pengikut termasuklah rakan selebriti.
Rata-rata mereka mendoakan agar Zulin cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
"Semoga dipermudahkan," tulis Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Semoga dipermudahkan Zulin, Insya-Allah semua baik-baik je, be strong tau," tulis Shiha Zikir.
"Semoga dipermudahkan semuanya kakak," tulis Puteri Aishah
Difahamkan, Zulin sedang menghidap penyakit berkaitan batu hempedu berdasarkan hashtag dalam perkongsiannya sebelum ini.
BACA : "Tahun Ni Saya Sambut Birthday Di Hospital" - Zulin Aziz Jalani Pembedahan Buang Batu Hempedu?
#Zulin Aziz