HIBURAN

Anggap Tuhan Beri Rezeki Cantik Untuk Berbakti, Nasha Aziz ‘Catwalk’ Sambil Bersihkan Tanah Perkuburan - “Tengok Mereka Buang Sampah…”

Asyikin Mayudin 15/06/2025 | 02:55 MYT
Gelagat pelakon dan model Nasha Aziz sedang membersihkan kawasan tanah perkuburan sambil membuat siaran langsung di TikTok menarik perhatian netizen.

Menerusi live tersebut, Nasha memberitahu terdapat banyak sampah di kawasan tanah perkuburan tersebut akibat perbuatan orang ramai yang menziarahi pusara di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Zairi Aziz Mahu Bina Nama Sendiri, Enggan Dibayangi Kakak, Nasha Aziz

“Tengok mereka buang sampah merata-rata. Mereka bawa botol-botol air dan bunga untuk siram kubur arwah keluarga mereka, kemudian mereka campak sahaja.

“Tanah perkuburan ini sudah jadi seperti tempat pembuangan sampah,” katanya dalam sesi siaran langsung tersebut.

Sambil membersihkan kawasan itu, pelakon berusia 54 tahun itu turut sempat memberi peringatan kepada orang ramai untuk berbakti kepada masyarakat.

“Allah beri saya rezeki untuk menjadi cantik dan lawa untuk apa saya gunakan? Untuk saya berbakti insya-Allah.

“Sambil-sambil saya catwalk nak turun bawah nak balik, saya tolong pungut sampah di sini,” kongsinya.

Sikap prihatin Nasha terhadap kebersihan kawasan tanah perkuburan telah meraih pujian netizen yang kagum dengan peribadinya yang mulia biarpun dia seorang pelakon terkenal dan memegang status sebagai supermodel tersohor negara.

#Nasha Aziz #Sampah #Buang Sampah #Tanah perkuburan