HIBURAN
Anggap Wajah Modal Meniaga, Penyanyi ‘Buat Muka’ Kali Kedua
Penyanyi dan pelakon Denada mendedahkan menjalani pembedahan plastik pada bahagian wajahnya buat kali kedua.
Pembedahan plastik kali kedua tersebut dilakukan di Korea Selatan. Denada juga berkongsi foto terkini dirinya selepas menjalani pembedahan plastik di akaun Instagram.
“Jadi buat saya kalau orang lain yang punya syarikat adalah modalnya, kalau saya modalnya ini (wajah). Jadi buat saya pembedahan plastik adalah pelaburan jangka panjang buat saya dan karier.
“Sebab itu saya lakukan pembedahan plastik pada wajah buat kali kedua kerana pekerjaan saya masih lagi dalam dunia hiburan,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Wanita berusia 47 tahun itu kemudian menjelaskan antara pembedahan yang dilakukan pada wajahnya termasuk menegangkan kulit dan perbaiki tekstur kulit.
“Saya pertama kali lakukan pembedahan plastik pada tahun 2023. Waktu itu buat lower facelift. Tahun 2025 saya lakukan antaranya ponytail lift dan forehead lift
“Pada usia 47 tahun semoga saya masih boleh menarik minat klien dan boleh terus bekerja,” katanya lagi.
Must-Watch Video