Kalau dah namanya peminat kucing, waktu tengah bertugas pun tetap setia melayani haiwan manja ini.

Seorang anggota polis yang betugas mengawal keselamatan di pintu Istana mencuri tumpuan ramai hari ini apabila videonya sedang melayani seekor kucing tular.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi foto tangkap layar anggota polis itu sedang mengusap kucing tersebut.

Malah, pemilik akaun yang sama turut berkongsi video berdurasi 43 saat menunjukkan momen kedua-duanya saling bermain.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat kerenah manja kucing tersebut yang sememangnya comel.

Malah, keperibadian anggota polis tersebut yang menyayangi haiwan turut mendapat pujian ramai.

Kucing ni boleh kena saman tak.? Menganggu anggota menjalankan tugas / mengoda / mengeletis Ehh. Apa lagi.? Byk kesalahan ni. Hahaha,” usik seorang wargamaya.

Meow be like : Ekeleh garuk garuk je ke abe ? Whiskas whiskas ke royal canin ke takde ke ?” kata seorang wargamaya.

He’s a cat lover. Sebab dia sorang je yang duk belai kucing tu even tengah duty. Comey lak kucing tu kalau aku dah culik bawak balik dah tu haha,” ujar seorang wargamaya.

Kalau bukan sebab professional kerja dah lama dia angkat kucing tu pastu peluk haha,” komen seorang wargamaya.

Lah abang ni tak boleh move on. Hati tak keruan tengok kucing. Kiut,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian foto anggota polis tersebut telah menerima hampir 14,000 ulang ciap dan 27,000 tanda suka daripada warga Twitter.