Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Anggota Polis Tergamak Hentak Kepala Ibu Dengan Tabung Gas Hingga M*ut - "Seperti Kerasukan, Dia Menghentam ..."

Awani 03/12/2024 | 11:55 MYT

Seorang anggota polis tergamak membunuh ibu kandungnya dengan menghentam kepala wanita berkenaan sebanyak tiga kali menggunakan tabung gas dalam kejadian menggemparkan pada akhir minggu lalu.

BERITA BERKAITAN:Kes Bunuh Pelajar Vokasional: Mangsa Ditumbuk, Ditendang 10 Tertuduh Dalam Keadaan Berbaring

BERITA BERKAITAN:Dengar Suara Ghaib, Remaja 14 Tahun B*nuh Nenek & Bapa, Ibu Tenat Ditikam

Ajun Inspektur Polisi Dua (Aipda) Nikson Pangaribuan atau Ucok, 41, melakukan perbuatan tersebut di Kampung Rawajamun, Desa Dayeuh, Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Jawa Barat di Indonesia.

Suspek telah diberkas pihak berkuasa dan disahkan sebagai anggota yang berkhidmat di Kepolisian Resort Metro (Polrestro) Bekasi.

"Dia kini sedang disoal siasat dan dikaitkan dengan kes pelanggaran kod etika. Beberapa saksi turut dipanggil untuk memberi keterangan.

"Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa," kata jurucakap polis, Bambang Satriawan pada Isnin.

Menurutnya, insiden itu terjadi di warung milik mangsa, Herlina Sianipar, 61, ketika dia sedang melayani pelanggan.

"Nikson datang dari arah belakang lalu menolak ibunya hingga jatuh tersungkur ke lantai. Seperti kerasukan, dia menghentam kepala ibunya dengan tabung gas seberat tiga kilogram sebanyak tiga kali," ujarnya lagi.

Seorang pelanggan turut menyaksikan kejadian tersebut, namun tidak berbuat apa-apa kerana takut.

Saksi hanya memaklumkan kepada penduduk sekitar setelah suspek melarikan diri dengan kenderaan pikap Suzuki.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia.

#Bunuh #Polis #Ibu #Guna #Tong #Anggota #Gas
;