Hiburan

Anggunnya Datuk Seri Siti Pakai Kebaya Tenun Pahang Penjara Penor…

gempak
Fiza Kamarudin
04/10/2019
01:42 MYT
Sponsor Banner
Anggunnya Datuk Seri Siti Pakai Kebaya Tenun Pahang Penjara Penor…
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan anggun menggayakan kebaya dari kain tenun Pahang ketika menghadiri majlis sidang media di Istana Budaya, semalam (Khamis).
Siti ketika ditemui Gempak berkata, baju kebaya yang digayakan semalam agak istimewa kerana ia dari bengkel Tenun Penjara Penor, Pahang.
“Cantik tak kebaya Siti? Ini kebaya dari penjara Bengkel Tenun Penjara Penor yang penaungnya Raja Permaisuri Agong kita.
“Jahitannya bagus, kainnya juga berkualiti dan selesa,” katanya sambil memuji air tangan banduan Penjara Penor.
Siti turut memuat naik beberapa foto dirinya menggayakan kebaya tenun Pahang berona lembut itu berlatar belakangkan Panggung Sari, Istana Budaya di laman sosial Instagram dan telah mendapat pujian warga net.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Siti ditemui ketika majlis sidang media Karya Agung Pak Ngah bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Bercakap mengenai konsert istimewa tersebut yang bakal berlangsung pada 14 dan 15 November itu nanti, Siti berkata, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyatakan persetujuannya terlibat dalam konsert itu.
Antara sebab utama yang menyebabkan bintang nombor satu ini dalam menjayakan konsert tersebut adalah kerana rasa kasihnya kepada Allahyarham Pak Ngah atau Datuk Suhaimi Mohd Zain.
“Apabila Mak Ngah (isteri Pak Ngah) bagitahu ada konsert tribute buat arwah, saya tak ambil masa lama untuk kata ‘ya’.
“Pak Ngah itu dah macam ahli keluarga saya. Beliau juga guru saya yang banyak memberi tunjuk ajar dalam industir muzik.
“Arwah yang bawa saya selepas bergelar juara pertandingan Hiburan Minggu Ini (HMI) pada 1995 dan menaikkan nama saya menerusi lagu-lagu ciptaanya,” katanya.
Tambah Siti lagi konsert ini akan menjadi lebih menarik dengan kehadiran Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
Selain Siti, turut ditampilkan Ernie Zakri, Syamel, Asmidar dan Rojer yang sudah tentu akan memantapkan lagi perjalanan konsert nanti.
Harga tiket bermula dari RM86 sehingga RM556 boleh dibeli melalui dalam talian dengan melayari www.airasiaredtix.com bermula 7 Oktober 2019 atau terus ke kaunter Box Office Istana Budaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live