The Angguns Sambut Hari Jadi Ke-2...Comelnya!

Asraf Aided
Januari 7, 2019 23:30 MYT
Anak kembar kepada Diana Nasir, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena, atau lebih popular dengan gelaran The Angguns, telah menyambut hari jadi mereka yang ke-2 semalam.
Berita gembira itu dikongsi oleh Diana dan adiknya Anzalna di akaun Instagram mereka.
“Being a parent is such a wonderful gift, I am so blessed and grateful that Allah chose me to be The Angguns momma.
“Happy second birthday my dearest Anggun Darleesa and Anggun Darleena, Mama and Papa love you with an infinite amount,” tulis Diana di ruangan kapsyen.
Sementara aktres jelita Anzalna tidak ketinggalan berkongsi foto-foto menarik sepanjang sambutan hari lahir anak saudaranya itu.
“Tema birthday The Angguns tahun ni paling sempoi, tak payah fikir make up dan tak perlu pening fikir baju, sarung pyjamas je!” tulisnya sebagai kapsyen.
10 November tahun lalu, pasangan kembar yang tular di media sosial ini telah menerima ahli baru selepas Diana melahirkan cahaya mata ketiga iatu Anggun Darniella yang kini berusia tiga bulan.
#Anzalna #Diana Nasir #The Angguns