,
Hiburan

Angkat Beg Bukan Tugasan Wajib Kru Penerbangan - Karl Shafek

Mya Amri
07/12/2016
10:05 MYT
Pelakon Karl Shafek yang juge merupakan bekas pramugara meluahkan rasa kecewa dengan tindakan aktres Fathia Latiff yang dianggap tidak menghormati kerjaya kru penerbangan.
Karl Shafek menerusi akaun Facebooknya semalam (Selasa) menjelaskan kerja mengangkat bagasi itu tidak termaktub dalam syarat wajib tugasan mereka.
“Oppsss. Sebagai bekas pramugara i no komen. Tapi i memang tak akan angkat beg penumpang letak dalam overhead compartment.
“Yes, tak termaktub dalam syarat wajib tugas kitaorang pun untuk angkat bagasi orang lain KECUALI atas budi bicara, JIKA penumpang tu orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung atau terang-terang dia bertongkat dan sebagainya.
“Bayangkan, dalam satu hari berapa sektor penerbangan kitaorang kena bertugas. Satu sektor ada 128 orang penumpang (itu kalau kapal tu kapal kecik macam boeing 737 la dan kalau kapal tu full flight ).
“Kalau kami kena kerja empat sektor? Berapa beg kita nak kena angkat? Kalau tetiba nak jadi cerita kita kena slip disc atau terseliuh waktu angkat beg tu, siapa nak jaga safety passenger dalam flight tu bila tetiba ada kecemasan?” tulisnya.
Selain itu, Karl juga melabelkan tindakan Fathia memuat naik gambar seorang pramugari MAS yang enggan mengangkat begnya untuk dimasukkan dalam kompartmen dalam sebuah pesawat dianggap sebagai tidak wajar.
“Ohh, Kalau you boleh angkut beg tu dari rumah, kenapa bila sampai dalam flight tiba-tiba je tak boleh nak angkat beg you sendiri? Lepas tu you nak malukan crew sebab tak tolong you?
“Sedar tak benda you buat tu actually lebih malukan you sendiri daripada you nak malukan orang lain. Pendek kata, kalau kita berbudi bahasa dan sentiasa rendah diri, orang keliling kita akan sentiasa respect kita,” luahnya.
Sementara itu, posting Karl mengenai perkara tersebut telah mendapat reaksi positif pengikut Facebooknya.
Antaranya:
Terdahulu, seorang pramugari MAS telah menjadi viral selepas Fathia memuatnaik fotonya yang enggan mengangkat beg aktres itu untuk dimasukkan ke dalam kompartmen sebuah pesawat.
Foto yang diserta dengan kapsyen sinis itu kemudiannya telah menimbulkan kemarahan netizen. Fathia mendakwa pramugari tersebut meninggikan suara ketika diminta bantuan.
Difahamkan, pramugari berkenaan sudah memaklumkan kepada Fathia dia tidak boleh berbuat demikian kerana mengalami sakit belakang.
Bagaimanapun, Fathia telah memadamkan foto berkenaan selepas teruk dikecam netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Unitar