“Angkat Berat Tak Boleh, Jalan Banyak Tak Boleh”- Ummi Nazeera Alami Masalah Plasenta Previa
Syafiqah Jalal
07/08/2018 04:32 MYT
07/08/2018 04:32 MYT
Pelakon Ummi Nazeera yang kini sarat hamil akui mengalami masalah uri di bawah atau Plasenta Previa.
Ummi Nazeera berkata dek masalah itu dia tidak boleh melakukan kerja-kerja berat dan perlu banyak berehat.
Ummi berkongsi mengenai perkembangan dirinya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
“Sikit-sikit mengah dan placenta previa tak membenarkan saya untuk buat kerja berat,” tulisnya pada satu entri di IGnya.
Sementara itu Ummi memberitahu dia kini banyak berehat di rumah.
“Banyak luangkan masa di rumah...rehat, rehat, rehat... Alhamdulilah segalanya untuk baby.
“Angkat berat tak boleh, jalan banyak tak boleh, terlebih letih tak boleh,” tulisnya.
Bagaimanapun, baru-baru ini dia telah dimasukan ke hospital kerana masalah yang dialaminya.
Rata-rata pengikut IGnya mendoakan agar Ummi segerah sembuh dan proses kehamilannya berjalan dengan mudah dan selamat.
Foto: IG Ummi Nazeera
Teks oleh: Syafiqah Jalal