Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Angkat Mayat Mangsa Tsunami, Berapa Ramai Selebriti Macam Pasha Ungu?

Fiza Kamarudin
05/10/2018 04:07 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha dipuji netizen kerana bersikap prihatin terhadap golongan yang memerlukan dan berada dalam kesulitan.

Pasha kini berada di Bandar Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia bersama beberapa badan kebajikan dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di wilayah tersebut.

Menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman Instagram (IG)nya, Pasha tidak kekok membantu penduduk di Palu mengangkat jenazah mangsa tsunami.

Malah, dia juga kelihatan sangat sibuk dan tak menang tangan melakukan kerja-kerja seperti penyediaan keperluan serta kelengkapan harian penduduk.

Inna lillahi wa Inna ilaihi rojiun.. #prayforpalu

A post shared by PashaUn’8’u_VM? (@pashaungu_vm) on


Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji Pasha yang tidak mengendahkan populariti atau keterampilan sebaliknya bersungguh-sungguh melakukan gotong royong bersama penduduk Palu.

Sehingga hari ini, Pasha masih memuat naik posting mengenai perkembangan bencana alam tersebut di IGnya.

Bandar Palu, Indonesia dilanda tsunami selaju 800km sejam selepas gempa bumi kuat menggegar wilayah tengah, pada 28 September lalu.

Sehingga kini, kerja-kerja pembersihan mayat masih giat dijalankan dan dipercayai jumlah kematian akibat tsunami dan gempa bumi sudah mencecah lebih 800 orang dan dijangka terus meningkat.

Sehubungan itu pihak berkuasa terpaksa mengumumkan pengebumian besar-besaran bagi membendung wabak penyakit.

Foto/Video: Instagram @pashaungu_vm
#Nusantara #Pasha Ungu #Tsunami Palu
;