“Angkuhnya Lahai Minah Tua Ni...” - Netizen Makin Hilang Sabar Dengan Rita Rudaini?
Izwan Isa
30/11/2021 01:50 MYT
30/11/2021 01:50 MYT
Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini kembali mencuit kewarasan netizen apabila memuat naik beberapa siri kenyataan mengenai status vaksinasi anak-anaknya.
Menerusi kemas kini di Instagram Story, Rita berkata, dia berasa bersyukur kerana Tuhan menjadikan dirinya seorang ibu yang bodoh kerana tidak menyerahkan badan dan anak-anaknya untuk dijadikan bahan ujikaji.
“Depa dok kata… malang sungguh nasib Ryan dan Arjuna dapat mak bodoh tak cucuk vaksin. Tu lah, betul laa.
“Nasib baik Tuhan jadikan sistur seorang mak yang bodoh tak serah badan dan anak-anak untuk ujikaji. Sistur syukur sangat dipilih jadi bodoh betul,” katanya.
Menerusi Instagram Story berlainan, Rita berkongsi keratan berita tentang varian COVID-19 baharu Omicron yang dikatakan penyebab keletihan teruk.
“Aaaghh letih betul sistur hari ni tadi lepas Subuh mop bilik kucing, cuci empat toilet, vakum, mop, letih gila.
“Awat letih sangat ni… adakah salah mop? Ke sebab Omicron megatron bagai? Tapi har-hari memang letihlah lepas buat kerja rumah. Geram ni sebab confuse,” tulisnya.
Kemudian, menerusi perkongsian terakhir, Rita memuat naik keratan laporan media yang membincangkan tentang kemungkinan dos penggalak sebagai pelengkap vaksinasi.
“Jangan lupa semak temu janji ada dekat MySejahtera. Jangan mengelat, patuhi arahan dan patuhi SOP. Bagi kerjasama… jangan degil macam kami… jangan jadi bodoh macam kami… jadikan kami sebagai pengajaran,” tulisnya lagi.
Menerusi tinjauan di sebuah forum hiburan tempatan, rata-rata dilihat tidak bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Rita di media sosial.
“Macam mana lah dia ni nak hadap masyarakat kalau tiba-tiba dia kena COVID teruk… adakah dia akan kata takdir?” soal seorang pengguna.
“Dia ni agaknya kalau kena COVID sampai ditidurkan pun agaknya orang bertepuk tangan sebab terlalu angkuh,” tulis pengguna platform berkenaan.
“Angkuhnya lahai minah tua ni...” begitu menurut luahan seorang lagi pengguna forum.
Terdahulu, varian baharu virus COVID-19, iaitu Omicron telah dikesan dan doktor memaklumkan bahawa simptom yang dihadapi pesakit adalah luar biasa tetapi sederhana.