Laman Utama

Anis Al Idrus Umum Bercerai, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Mya Amri
30/07/2023
04:56 MYT
Pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus mengesahkan dirinya kini kembali solo dan sudah bercerai dengan suaminya, Aiman Rafzan.
Berita itu diberitahu sendiri oleh Anis menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun kata Anis, dia memohon doa yang baik-baik buat dirinya.
“Apabila kehidupan saya bertukar, saya tetap berdiri dan bersedia untuk menghadapi lembaran baharu dengan tangan terbuka.
“Kehidupan ini ada pasang surutnya dan saya bersyukur dengan jalan yang sudah Tuhan tentukan sehingga membawa diri saya untuk kembali solo.
“Saya percaya dengan suratan, qada dan qadar yang ditetapkan Tuhan. Saya juga sedar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” coret Anis.
Terdahulu, Anis yang juga merupakan pengacara dan usahawan ini mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada 7 Julai 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Beri Bayangan Mahu Rujuk Dengan Datuk Red? - “Nak Kahwin Dengan Awak Sahaja”

gempak
07/07/2024
05:55 MYT
Penyanyi, Adira seakan memberi bayangan hanya mahukan Datuk Red sebagai satu-satunya lelaki dalam hidupnya kerana malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Hiburan

Ibu Virgoun Saran Inara Rusli Kembali Rujuk: “Dari Segi Agama Pun Tak Boleh”

gempak
06/07/2024
07:55 MYT
Selepas anaknya Virgoun ditangkap kerana dadah, ibu penyanyi tersebut Eva Manurung menyarankan agar bekas menantu, Inara Rusli kembali rujuk.
Hiburan

Ruhainies Datang Mahkamah Senyum Lebar Pun Salah! - "Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera"

gempak
03/07/2024
03:36 MYT
Dikritik selepas hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar, pelakon Ruhainies menafikan dakwaan dirinya tidak sensitif dengan kes khalwat sebaliknya mengakui gembira kerana akhirnya dapat bertemu rakan media.
Terkini

Kenal Lelaki Lain Menerusi Tinder, Isteri Gadai Maruah Demi Tender Projek Binaan

gempak
28/06/2024
09:00 MYT
Gara-gara mahu mendapatkan tender projek binaan, seorang isteri sanggup menggadai maruah main kayu tiga di belakang suaminya sehingga berakhir ke titik perceraian.
Berita

Perkahwinan Tak Indah Seperti Yang Disangka, Ini 10 Negara Dengan Kes Cerai Tertinggi!

gempak
27/06/2024
18:06 MYT
Perceraian dianggap mimpi ngeri bagi sesetengah pasangan, manakala yang lain melihatnya sebagai permulaan baharu.