Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Anjakan Paradigma Harus Up Lagi, Aura Negativiti Sila Pergi Mati” – Iqram Dinzly

Shahrin Zulkifle
29/09/2022 13:00 MYT

Pelakon Iqram Dinzly mendedahkan dia ingin menjalani sebuah kehidupan yang baharu bersempena ulang tahun kelahirannya ke-41 yang jatuh pada 29 September ini. 

Jelas aktor itu, cukup dengan kehidupan seorang yang bergelar ‘Iqram Dizly’ sebelum ini, malah dia menyatakan untuk mematikan ‘watak’ tersebut dan ingin mencipta memori hidup yang baharu. 

“Argh, tak sabar nak tamatkan zaman awal 40an dengan Queen Of Dinzly ni (Ibu Iqram). Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi, saya akan mulakan perjalanan hidup baru. 

“Cukup sudah #IqramDinzly yang dulu dikenali. Anjakan paradigma harus lebih meninggi dan up lagi. 

“Dengan bahasa mudahnya, “Matikan Iqram Dinzly yang dulu, kita cipta memori baru” sekiranya ingin dihormati. Fahami, hadami jangan s*d*m*! 

“Yang paling penting aura negativiti sila pergi mati. Jauhkan diri sebelum termaki atau no explaination terus angkat kaki,” tulisnya. 

Iqram atau nama lengkapnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya semalam. 

Tambah anak kelahiran Ipoh, Perak itu, dia mengingatkan dirinya untuk sentiasa berhati-hati dan mengutamakan diri sendiri berbanding orang lain. 

Malah, Iqram turut memiliki misi dan visi hidupnya sendiri. 

“Hidup di akhir zaman ni, kena lebih pentingkan diri dan harus berhati-hati. Bila terlalu baik hati, tak dihargai take advantage lagi. Pendamkan apa sahaja dalam hati dan ngadulah hanya pada Allah Tuhan Illahi. 

“Bahaya aib dan rahsia dikongsi hilang privasi. Hati-hati bermain dengan hati.  

“Saya ada visi dan misi saya sendiri. Sekiranya tidak sama frekuensi, seandainya coba nak ganggu perjalanan ini, sila sedar diri dan hormati.  

“Masing-masing ada tanggungjawab dan amanah yangg perlu dipikul sendiri. Jangan memaksa kerna diri ini bukan untuk dimiliki. “Dalam Islam Tiada Paksaan”, itu fahami sekiranya Muslim jati diri,” tambahnya. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Iqram Dinzly (@iqramdinzlyofficial)

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Iqram Dinzly #Kehidupan baru