HIBURAN
Anju Nafi Dakwaan Dedah Sisi Gelap Saixse Sebab Cinta Ditolak, Mahu Tolong Wanita Teraniaya - “Kau Hanya Bawa Myvi Cabuk, Selebet, Tak Ada Duit”
Pelakon, Zarina Anjoulie menyangkal dakwaan mengatakan dia sengaja membuat pendedahan mengenai Saixse kerana cintanya ditolak oleh penyanyi itu.
Tak suka lelaki tak ada duit
Zarina atau lebih mesra mesra dengan panggilan Anju berkata dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Saixse apatah lagi untuk jatuh hati kepada lelaki yang didakwa sebagai ‘kaki pukul’ wanita.
“Kalau anda betul betul peminat tegar saya, anda akan tahu saya tak akan keluar dengan lelaki miskin, satu Malaysia tahu tentang perkara itu.
“Jadi takkan tiba-tiba anda ingat saya mahukan lelaki ini. Sudah jelas saya hanya keluar dengan lelaki yang berduit.
“Buat apa saya nak ada skandal dengan dia. Untuk apa? Semuanya atas dasar kerja sahaja. Yang selepas itu tak jadi dan saya rancang kerja dengan kawan dia.
undefined