Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anjur Acara Selama 75 Jam Tanpa Henti, Ifa Raziah Terima Sijil Dari Malaysia Book of Records

Syafiqah Jalal
27/04/2022 05:32 MYT
Selebriti versatil, Ifa Raziah menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) selepas penganjuran acara jualan, StarVendors Mega Raya Fest dikira terpanjang di negara ini apabila berjaya merekod selama 75 jam tanpa henti.

Program yang berlangsung pada 22 hingga 25 April lalu itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia atau World Trade Centre (WTC) bersama kehadiran selebiriti tanah air yang turut mengadakan jualan.

Pelantun lagu Ser Ser Ser itu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya bersama sijil berkenaan.

Sebelum ini Ifa yang merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn Bhd itu berkata, usahanya bagi memberi platform kepada usahawan tempatan untuk berniaga tidak berakhir di situ kerana StarVendors akan menjelajah lagi di beberapa lokasi dalam negara.

“Sebelum ini kita buat 72 jam, tetapi sudah ramai penganjur yang buat. Tahun ini , kita pecahkan rekod kita sendiri untuk buat selama 75 jam bermula jam 9 pagi pada 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengahari pada 25 April.

“Tidak cukup di sini kita akan buat ‘road tour’ higga hujung tahun ini. Itulah tujuannya, sebab kita sudah dua tahun tidak dapat berniaga seperti ini. Bermulanya di WTC ini kita akan bergerak ke beberapa negeri lain seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Tidak hanya memberi peluang pada usahawan tempatan, StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya bakal menyaksikan pembabitan 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Dato Siti Nurhaliza, Dato AC Mizal, Dato Sri Vida, Dato Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shahiezy Sam, Syatila Melvin, Dato Fizz Fairuz, Dato Jovian Mandagie, Fad dan Acey Bocey,

#Penyanyi #Ifa Raziah #Selebriti #Book of Records #Acara #Starvendor #Anjur
;