Hiburan

Anne Ngasri Sebak Kongsi Mengenai Adik ‘Istimewa’ - “Tiada Apa Yang Saya Inginkan, Cuma…”

gempak
Asyikin Mayudin
13/02/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Anne Ngasri Sebak Kongsi Mengenai Adik ‘Istimewa’ - “Tiada Apa Yang Saya Inginkan, Cuma…”
Tidak pernah menyalahkan takdir, pelakon Datin Anne Ngasri sebaliknya melahirkan rasa syukur dikurniakan seorang adik iaitu Nassuhada Ngasri yang juga insan 'istimewa’.
BERITA TRENDING: Jadi Diva? Bell Ngasri Komen - "Kalau Artis Baru Buat Perangai Begitu Dengan Saya..."
Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 39, dia percaya setiap insan 'istimewa' yang dilahirkan di dunia seperti adiknya itu mempunyai tempat di syurga kelak.
"Saya sebenarnya amat bersyukur Allah berikan saya seorang adik (Nassuhada Ngasri) yang tempatnya insya-Allah di syurga.
"Saya amat menghargai kerana Allah izinkan kami sekeluarga sekurang-kurang ada adik yang tempatnya nanti masuk syurga. Tiada apa yang saya inginkan, cuma mahukan dia sihat,” katanya dalam keadaan sebak.
Anne berkongsi mengenai perkara itu dalam satu temu bual bersama Majalah Keluarga sebelum potongan sesi tersebut dimuat naik semula di TikTok.
Anne turut mendedahkan dia berasa berat hati untuk berpisah dengannya adiknya ketika membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usianya 21 tahun.
"Adik saya lahir ketika umur saya 10 tahun. Saya antara yang menjaga dia sebab mak saya ketika sudah berusia juga. Tambahan lagi, saya memang suka bila dapat adik.
"Saya bersama dengan dia daripada dia kecil sehinggakan ketika saya mahu berkahwin rasa agak susah nak berpisah dengannya. Sebab kami berdua sangat rapat,” katanya.
@keluarga.my Bersyukur Allah Kurniakan Adik Yang Tempatnya Di Syurga - Datin Anne Ngasri #keluarga #datinannengasri #annengasri ♬ suara asli - نُور لَيْلَة ❤️‍?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live