Pelakon Anne Ngasri telah selamat menimang cahaya mata kelimanya pukul 6.44 petang semalam.

Bayi perempuan seberat 3.22 kilogram itu dilahirkan secara normal dan beberapa hari lebih awal daripada jangkaan doktor.

"Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg.

"Alhamdulillah terima kasih ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini.

"Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi.

"Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi. Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family ❤❤❤ Ps: everyone is waiting abang sulong @suffianhakiem cepat datang kiss baby... #ourbigfamily

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on


Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Anne dan Sumali dikurniakan seorang anak lelaki Sufi Harraz yang kini berusia lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.