'Anniversary' Ke-5 Perkahwinan, Peminat Doakan Diana Danielle & Farid Kamil Bahagia

Mya Amri
November 3, 2017 13:43 MYT
Peminat kepada pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil memberikan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelima perkahwinan pasangan selebriti itu.
Ruangan komen foto perkahwinan dimuat naik Diana menerusi akaun Instagram (IG)nya hari ini dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan keluarganya.
“Selamat ulang tahun buat kalian berdua. Semoga ikatan yang dibina dengan cinta dan kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke Jannah,” - @hafizahasri
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-5 @faridkamilz & @dianadanielleb. Moga dilimpahi kebahagiaan, sentiasa bersabar dengan dugaan, & perkahwinan berkekalan selamanya. Amin. Sayang hubungan kalian,” -@Hanakamelya
Selain peminat, Diana juga turut melahirkan rasa bersyukur kerana kehidupan yang dilalui bersama suaminya lebih baik berbanding apa yang difikirkan ketika awal percintaan mereka.
Diana dan Farid telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 4, dan Nur Aurora, 2.
Terdahulu, hubungan perkahwinan pasangan ini menjadi perhatian apabila terpalit dengan isu berantakan. Bagaimanapun, mereka menafikan perkara tersebut dan menganggap ia hanyalah sekadar gosip.
BACA: TAK PERLU TAYANG, KEBAHAGIAAN BUKAN DIUKUR MELALUI POSTING INSTAGRAM – FARID KAMIL
Foto: Instagram @dianadanielleb
Teks oleh: Mya Amri
#Diana Danielle #Farid Kamil #Ulang tahun