Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Annuar Musa Kongsi Lagu Kegemaran Syawal - "Kita Orang Lama Suka Lagu-Lagu ..."

Amri Hassan
03/05/2022 11:55 MYT
Dalam pada kemeriahan sambutan Syawal tahun ini dan kemunculan pelbagai versi dan lagu raya saban waktu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa masih kekal dengan jati diri serta minat terhadap lagu raya lama.

Kata Annuar, lagu raya kegemaran beliau masih lagi lagu nyanyian biduanita negara, Puan Sri Saloma berjudul Selamat Hari Raya.

"Kita orang lama, suka lagu lama," katanya ringkas kepada Gempak.

Berkongsi sambutan raya tahun ini, kata Annuar beliau sempat meluangkan masa bersama keluarga beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini di kampung sebelum pulang semula ke ibu kota pada hari raya pertama.

"Sambutan raya tahun ini walaupun dah boleh balik kampung, saya tak dapat beraya di kampung kerana pada hari raya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah.



"Kemudian ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara.

"Jadi saya balik kampung selama tiga hari dan selepas sambutan raya saya akan ada tugas di luar negara.

"Kemudiannya, saya akan menghadiri Festival Filem Cannes yang sudah dua tahun tidak berlangsung. Saya akan ke sana untuk merasmikan Pavillion Malaysia," ujarnya.

#Lagu raya #Saloma #Tan Sri Annuar Musa #Selamat Hari Raya #Menteri Komunikasi Dan Multimedia #Cannes