Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Another Achievement! Lisa BLACKPINK Wanita Paling Cantik Di Asia 2019

Mya Amri
15/11/2019 10:35 MYT
Anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa meraih undian tertinggi dan sekaligus menduduki tempat pertama senarai 'Wajah Wanita Tercantik Asia 2019' menerusi satu kajian dikeluarkan oleh TCC Asia.
 
Selain Lisa, anggota BLACKPINK lain juga turut tercalon dalam senarai berkenaan.
 
Jennie menduduki tempat ketiga, Rose di tempat ke 13 manakala Jisoo ditangga ke 22.
 
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban sebelum ini merupakan anggota BLACKPINK pertama yang memiliki pengikut teramai di Instagram sebanyak 26.9 juta.
 
Jumlah pengikut IG Lisa bertambah dengan pantas selepas BLACKPINK semakin popular dengan lagu comeback hit mereka berjudul Ddu-Du Ddu-Du pada tahun 2018.
 
Selain Lisa, anggota BLACKPINK lain iaitu Jennie mencatatkan jumlah 22.4 juta pengikut diikuti dengan Rose (20.3 juta) dan Jisoo (19 juta).
#Artis Korea #Blackpink #Lisa