“Another 'Eid' Baby! Eidrees Bakal Dapat Adik”- Anzalna Nasir Hamil 8 Bulan.
Mya Amri
03/04/2022 06:24 MYT
03/04/2022 06:24 MYT
Pelakon Anzalna Nasir mengumumkan kini sedang hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagtamnya, Azalna memaklumkan usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan.
"Alhamdulillah, Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another 'Eid' baby. Inshallah," tulisnya.
Dalam hantaran yang sama juga, Anzalna turut memohon untuk mendoakan proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan selain diberikan kesihatan yang baik.
“Untuk itu mohon doa semu agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberi kesihatan yang baik,” coretnya.
Terdahulu, anak sulung Anzalna iaitu Mohamad Eidrees dilahirkan sewaktu bulan Syawal iaitu pada 31 Mei 2019.
Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.