Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
COVID-19

“This Is Another Fake News” – Dr Noor Hisham Nafi Letak Jawatan

Mya Amri 04/02/2021 | 09:25 MYT
Kecoh seketika di media sosial apabila satu mesej tular mendakwa kononnya Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan semalam.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Dr Noor Hisham menerusi satu ciapan ringkas di akaun Twitter miliknya pada hari yang sama.
Menurut Dr Noor Hisham, penularan berita palsu itu telah mengelirukan rakyat.
"Ini satu lagi berita palsu dan mengelirukan orang ramai," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, akaun Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut memaklumkan perkara berkenaan.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini berkenaan dakwaan Ketua Pengarah Kesihatan telah meletakkan jawatan adalah palsu.
“Jangan kongsi atau sebar jika anda tidak pasti,” tegas posting tersebut.
Terdahulu, terdapat ‘laporan' yang mengatakan Dr Noor Hisham akhirnya telah menghantar surat peletakan jawatan menerusi aplikasi WhatsApp.
Antara kandungan mesej tular yang mengaitkan peletakan jawatan Dr Noor Hisham adalah disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang ketara.
Foto: Bernama
#COVID-19 #Fake News #Dr Noor Hisham