Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Another Weasley! Bintang Harry Potter, Rupert Grint Bakal Jadi Bapa

Mya Amri
15/04/2020 13:25 MYT
Bintang filem Harry Potter yang terkenal menerusi watak Ron Weasley, Rupert Grint dilaporkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Berita tersebut disahkan oleh wakil Rupert baru-baru ini.

Menurut jurucakapnya, Rupert dan kekasihnya Georgia Groome tidak sabar menunggu kehadiran anak sulung mereka.

“Rupert Grint dan Georgina Groome sangat teruja untuk mengumumkan kehamilan dan pada masa yang sama pasangan itu juga meminta agar anda semua menghormati menghormati privasi mereka buat masa ini,” ujarnya.

Terdahulu, Rupert telah menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya sejak tahun 2011.

Tidak lama selepas itu, Rupert mendedahkan mengenai hal perancangan keluarganya kepada portal The Guardian.

Sumber: USmagazine
#Ron Weasley #Rupert Grint