Laman Utama
“Antara Ekonomi & Nyawa”- Mila Jirin Gesa Kerajaan Buat Total Lockdown
Penyanyi Mila Jirin menggesa kerajaan untuk lakukan ‘total lockdown’ ke atas seluruh negara terutama negeri Selangor selepas angka kes Covid-19 semakin meningkat.
Menurut Mila tindakan itu pastinya dapat menurunkan kes sekaligus membebaskan negara daripada pandemic tersebut.
“Kerajaan Malaysia…kerajaan Selangor…Tolonglah buat full lockdown. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0 kes naik.
Advertisement
“Buat PKP3.0 dan juga extra lockdown. Biar bebas Covid-19, Selangor kes turun.
“Antara Ekonomi dan Nyawa,” katanya.
Mila berkongsi pendapatnya itu di akaun Instagram miliknya.
Kemas kini tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
“Setuju.. Bukan apa... Selagi tak total lockdown kes tak kan pernah turun... Sebab orang ramai masih boleh keluar....,” kata salah seorang netizen.
“Setuju,bukan apa kalau cepat turun, ekonomi pun cepat stabil dan naik,”luah salah seorang warga maya.
“Itulah.. sekarang PKP tak rupa PKP pun. Bebas je orang pergi sana sini macam tak ada apa,” komen salah seorang warga net.
PKP telah dilaksanakan hampir seluruh negara sejak 12 Mei hingga 7 Jun ini.
Sementara itu, sebuah sidang media khas mengenai Covid 19 negeri Selangor telah diadakan sekitar pukul 12 tengahari tadi.
Must-Watch Video