gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
DRAMA
Astro Originals Honey Trap Angkat Isu Skizofrenia Dengan Penuh Sensitiviti - “Kami Sangat Sedar Akan…”
VIRAL
Lelaki Kahwini Patung Kayu Penuhi Hasrat Bapa - "8 Anak Saya Sudah Berkahwin Jadi..."
HIBURAN
Selesa Hidup Terpencil, Jet Li Alami Social Anxiety
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Antara Individu Terkaya Indonesia, Pengasas Teh Botol Sosro Meninggal Dunia

Gempak
Gempak
01/02/2025
14:58 MYT
Sponsor Banner
Antara Individu Terkaya Indonesia, Pengasas Teh Botol Sosro Meninggal Dunia
Pengasas Kumpulan Rekso yang terkenal dengan pengeluaran Teh Botol Sosro meninggal dunia, Jumaat lalu dan disemadikan di Jakarta Utara.
Soegiharto Sosrodjojo yang berasal dari Slawi, Jawa Tengah menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Hospital Mitra Keluarga Kelapa Gading, menurut Tribun News yang memetik Instagram Buddha Theravada Indonesia (Magabudhi).
Upacara penyemadian Soegiharto berlangsung di Grand Heaven Pluit, Jakarta Utara.
Memetik CNBC Indonesia, Soegiharto adalah pengasas Kumpulan Rekso yang mengurus beberapa syarikat, namun lebih tersohor dengan pengeluaran Teh Botol Sosro oleh anak syarikatnya PT Sinar Sostro.
Sinar Sostro diasaskan pada 17 Julai 1974 di Medan Satria, Bekasi dan diwarisi generasi kedua Sosrodjojo iaitu Soegiharto, Soetjipto and Surjanto.
Bagaimanapun sejarah keluarga itu menyatakan perniagaan mengeluar dan menjual teh mereka bermula di bawah label, Teh Cap Botol pada 1940 di bandar Slawi, sebelum mendiang Soegiharto dan adik-beradiknya berpindah ke Jakarta pada 1960, mengembangkan lagi perusahaan mereka.
Idea untuk menjual teh siap minum dalam botol tercetus pada 1969 dengan nama Teh Botol Sosro yang diinspirasikan daripada gabungan nama produk Teh Cap Botol dan nama keluarga Sosrodjojo.
Inovasi itu menjadi titik tolak kejayaan syarikat, membolehkan produk berkenaan bukan hanya terkenal di Indonesia, bahkan menembusi pasaran antarabangsa di Asia, Amerika, Eropah, Afrika, Australia dan Kepulauan Pasifik.
Forbes pada 2009 turut menyenaraikan Soegiharto Sosrodjojo sebagai salah seorang individu terkaya di Indonesia dengan nilai kekayaan AS$1.2 bilion, mengatasi Low Tuck Kwong dan Eddy William Katuari.
Sumber– Harian Metro
Topic Berkaitan
#Viral
#Meninggal Dunia
#Indonesia
#Kaya
#Soegiharto Sosrodjojo
#Sosro
#Teh Botol
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement