Pada satu entri di Instagram miliknya, Syifa Melvin berkongsi sekeping gambar sewaktu masih kanak-kanak lagi.

"Hampa tau dak aku macam kepala besar dalam cerita Alice in wonderland tu, rambut merah tu Besaq2 ni.

"Weh seronok tau bila tunggu bila nak puasa, sebab bila nak puasa kedudukan meja makan dekat dapur akan berubah, stock makanan jadi banyak," tulis Syifa mengingat kenangan silam.

Menurut Syifa, antara mereka adik beradik, dia yang paling awal mula berpuasa sejak berusia lima tahun lagi.

"Antara kami, Syifa yang start puasa awal umur 5 Tahun dah puasa tinggal 6 hari. Lepas tu puasa penuh sampai lah dah datang haid.

Hampa tau dak aku macam kepala besar dalam cerita Alice in wonderland tu, rambut merah tu??? Besaq2 ni weh seronok tauu bila tunggu bila nak puasa,sebab bila nk puasa kedudukan meja makan dekat Dapur akan berubah,stock makanan jdi banyak . . . .Antara kami,Syifa yg start puasa awal umur 5 Tahun dah puasa tinggal 6 hari.. lepastu puasa penuh sampai lah dah dtg haid.. Setiap kali bangun sahur,mesti Syifa org yg terawal bangun selepas Ibu,tugas kena kejut dorang semua kerja Syifa.. hmmm rindunyaaa nak jadi kecik balik???? . . . .Cuba share cerita Ramadhan/Syawal hampa.. oh ya,kalau nak jadi terawal tahu update Kekasih during Ramadhan ni, Tekan link di BIO ok??

A post shared by Put Allah SWT First (@syifamelvin) on


"Setiap kali bangun sahur, mesti Syifa orang yang terawal bangun selepas Ibu. Tugas kena kejut dorang semua kerja Syifa. Rindunya nak jadi kecik balik," tulis Syifa lagi.

Syifa Melvin merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik, dua orang kakak iaitu Syafiqa Melvin dan Syatilla Melvin, serta seorang adik, Syida Melvin.