"Antara Kami, Syifa Yang Start Puasa Awal Umur 5 Tahun..." - Syifa Melvin Teringat Ramadan Waktu Kecil

Badrul Hashim
April 14, 2020 14:15 MYT
Pada satu entri di Instagram miliknya, Syifa Melvin berkongsi sekeping gambar sewaktu masih kanak-kanak lagi.
"Hampa tau dak aku macam kepala besar dalam cerita Alice in wonderland tu, rambut merah tu Besaq2 ni.
"Weh seronok tau bila tunggu bila nak puasa, sebab bila nak puasa kedudukan meja makan dekat dapur akan berubah, stock makanan jadi banyak," tulis Syifa mengingat kenangan silam.
Menurut Syifa, antara mereka adik beradik, dia yang paling awal mula berpuasa sejak berusia lima tahun lagi.
"Antara kami, Syifa yang start puasa awal umur 5 Tahun dah puasa tinggal 6 hari. Lepas tu puasa penuh sampai lah dah datang haid.
"Setiap kali bangun sahur, mesti Syifa orang yang terawal bangun selepas Ibu. Tugas kena kejut dorang semua kerja Syifa. Rindunya nak jadi kecik balik," tulis Syifa lagi.
Syifa Melvin merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik, dua orang kakak iaitu Syafiqa Melvin dan Syatilla Melvin, serta seorang adik, Syida Melvin.
#Ramadan #Throwback #Syifa Melvin