Genre filem sains fiksyen yang berkonsepkan ‘time travel’ atau pengembaraan masa sudah kerap dihasilkan terutama sekali filem-filem Hollywood.
Malah, dunia perfileman tempatan juga pernah muncul dengan sebuah filem pengembaraan masa iaitu XX-Ray 2 yang mendapat sambutan penonton.
Terbaru, sebuah filem yang menggunakan konsep sama berjudul ANTARAMASA bakal menemui penonton di Astro First esok.
Filem ini merupakan terbitan Umair Mohamed dan Amir Rashid Othman di bawah syarikat Lux Ambiance Media Production.
Penerbitnya, Umair Mohamed berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan timbul berikutan minatnya yang cukup mendalam kepada genre sains fiksyen.
“Saya dan pengarah filem ini memang sejak dahulu amat meminati filem-filem sains fiksyen seperti Oblivion, The Butterfly Effect, XX-Ray dan lain-lain.
“Jadi, semasa kami sedang mengeluarkan idea untuk memilih jenis filem yang kami ingin buat, ANTARAMASA menjadi pilihan pertama. Ketika itu judul asalnya adalah Paradox,” jelasnya.
Umair berkata, konsep penggembaraan masa ini begitu diminati disebabkan sistem garis masa di dunia dan sistem garis masa di ruang angkasa amat berbeza.
“Banyak sub-concept yang telah difikirkan seperti jika watak pertama kembali ke masa sebelum, adakah hanya pemikirannya ataupun secara fizikalnya?” ujarnya.
Diarahkan oleh Ramdan Che Hassan, ANTARAMASA menampilkan barisan pelakon seperti Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Riezman Khuzaimi, Indi Nadarajah, Tania Hudson serta penampilan istimewa iaitu Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.
Menceritakan lebih lanjut mengenai ANTARAMASA, Umair memberitahu ia lebih menjurus kepada kisah sains fiksyen dengan menerapkan elemen cinta menerusi jalan ceritanya.
“Bagi saya, elemen cinta sememangnya menjadi satu tarikan utama untuk penonton sekiranya ia digarap dengan begitu baik.
“Lagipun jalan cerita filem ini mudah untuk difahami, iaitu mengenai pemuda bernama Asri yang menggunakan mesin masa yang dicipta dan kembali ke masa lalu supaya dapat memulihkan hubungan dengan kekasihnya,” ujarnya.
Difahamkan, sebagai sebuah filem sains fiksyen, sebanyak 45 peratus babak dalam ANTARAMASA menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) serta menggunakan bajet yang besar dari segi penataan seni kerana melibatkan pembinaan set.
Penggambaran filem ini pula mengambil masa selama 24 hari di beberapa buah lokasi sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai pada tahun 2014.
Sementara itu, mengenai penampilan istimewa Aziz M Osman dan Aleeza Kasim pula, Ramdan memberitahu ANTARAMASA tidak berkaitan dengan filem XX-Ray 2.
“Sebenarnya kami cuba membina filem ini dalam semesta yang sama dengan filem XX-Ray 2. Setelah mendapat persetujuan dari Aziz M Osman, kami menjejaki pelakon Aleeza Kassim yang ketika itu masih menetap di Belanda.
“Setelah dapat menghubunginya, dia berminat dan bersetuju untuk terlibat dan dia sanggup pulang ke Malaysia semata-mata untuk berlakon dalam filem ini,” ujarnya.
Filem ANTARAMASA akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 1 Julai 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand.
Asraf Aided
Wed Jun 30 2021
AJIB RASA TERCABAR DENGAN JOHAN | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 3
Siapa pulak Johan ni? Dah lah tiba-tiba muncul, lepas tu suka hati je panggil Naziah tu sayang. Agak-agak ke tak plan Ajib nak pikat hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.
Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”
Dina rindu arwah bapa.
Dune: Part Two - Sewa & Menang di Astro First!
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Fall Guy
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Semoga cepat sembuh
Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.