Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Anti Produk Pencerah, Amelia Henderson Tak Guna Sebarang Ubat Untuk Putihkan Ketiak

Azwa Rahman
14/10/2022 00:33 MYT

Pelakon jelita Amelia Henderson mengakui tidak mengambil sebarang ubat pencerah bagi memutihkan ketiaknya. 
 
Menurut Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, dia tidak mahu orang membandingkan kecerahan bawah lengan mereka memandangkan dia sendiri menentang sebarang penggunaan ubat pencerah. 
 
“Benda ni antara dua, sama ada saya menangis orang tak nak tengok muka saya tapi hanya nak tengok ketiak saya, atau saya keluarkan produk ketiak dan jadi jutawan. So mana satu yang lagi bermanfaat dalam kehidupan saya? Jutawanlah kan. 
 
“Tapi saya belum lagi ada produk ketiak sebab bab-bab putihkan ketiak ni saya tak berapa sokong sebab sebagai seorang yang berdarah campur, janganlah bandingan kecerahan ketiak saya. 
 
“Saya takde makan ubat, takde buat apa untuk ada ketiak putih. I wish tapi saya tak boleh nak ada apa-apa tips. Saya pun anti-keputihan ni sebab kita patut sayangi diri sendiri dan nak menjadi putih ni agak overrated. Apa faedahnya? Takde. 
 
Benda tu kadang-kadang sensitif tapi pada masa yang sama saya kena paksa otak saya untuk fokus pada yang positif. Jadi kalau korang nak deodorant jenama Amelia, akan datanggg,” ujarnya sambil berseloroh kepada Gempak. 
 
Amelia ditemui pada majlis sidang media Gempak Most Wanted yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu. 
 
Jelas pelakon drama Pengantin Satu Malam itu lagi, dia tidak mempedulikan sebarang kata-kata berunsur kecaman terhadap fizikalnya. 
 
Tuturnya, asalkan netizen tidak menyentuh soal privasi yang melihatkan orang tersayang di sekelilingnya. 
 
“Saya tak tahu nak cakap, saya dah berada dalam industri ni dah lama dah, dah macam-macam saya dengar bukan sahaja pasal saya tapi juga keluarga saya. 
 
“Tapi kebanyakan komen orang cakap pasal saya, saya tak kisah asalkan mereka tak kacau keluarga saya. Setakat ini bila saya baca komen-komen macam ni, saya ketawa je,” ujarnya lagi. 

#Amelia Henderson #Ketiak Amelia Henderson #Ketiak putih