Penyanyi kacak Anuar Zain telah membuka akaun TikTok buat tatapan peminat.

Menerusi platform tersebut, Anuar membuat pengumuman membuka akaun TikTok dan mendapat reaksi positif daripada wargamaya.

Hi everybody, I'm new kat TikTok. I welcome myself to TikTok. Looking forward untuk TikTok yang menyeronokkan. Boleh follow, komen, hanya yang positif sahaja okay.

“Kita seronok-seronok sahaja. Good vibes sahaja, no bad vibes. So kita sama-sama encourage each other, uplift each other dan kita just be positive okay. Love you,” kata Anuar di dalam sebuah video yang dimuat naik.

Tidak hanya itu, ada peminat yang membuat pemintaan untuk Anuar menyanyikan salah satu lagu popularnya, Lelaki Ini.
@anuarzainnetwork

##tiktokmalaysia ##artistsoftiktok ##fypdongggggggg ##foryoupage ##fyp

♬ original sound - ANUAR ZAIN

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya mengalu-alukan kedatangan Anuar di platform video tersebut.

Malah, ramai yang turut berkongsi kenangan menghadiri konsert serta pernah bertemu dengan pelantun lagu Sedetik Lebih itu.

@julaidadin69:Wahhh ada new tiktoker laaa sini, .Anuar Zain. Spread love.”

“@Muhdarifzakwan:Antara artist ticket paling mahal. Respect legend.”

@Dr.Wahida|Study&TesisTips:saya peminat Anuar Zain drpd darjah tiga sbb dgar lagu raya berlalulah sudah ramadhon tu. hehe. until now now I'm 34 yrs old! welcome to TikTok!”

@Apamaumkn Sabahwelcome to TIKTOK bro... im the food vlogger from SABAH. few years back i met u at a shoppng mall door and manage to take picture with you... hahah.”

@Ean Eirul:welcome to tiktok uncle anuar.. Saya panggil uncle anuar lah ye sebab uncle muda sethun je dari my mom.. Saya support uncle”

“@Nurshuhada Mohtar:Hai abang Nuar. Minat suara abg since sy remaja sampai saya dah anak 3 your voice sangat mahal. alhamdulilah for this 'anugerah' from Him.”

@roses.Please please do more singing. Eeii suka betul dengar suara abang Anuar Zain ni.

Sehingga kini, Anuar telah mengutip lebih 59,000 pengikut dan telah memuat naik empat video.