Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anuar Zain, Syamel & Ernie Zakri Pilihan Wacana Srikandi - "Ini Artis Yang Wanita Suka"

Amri Hassan
27/01/2024 12:20 MYT
Penyanyi popular Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel dipilih untuk memeriahkan program Wacana Srikandi yang akan diadakan di SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) pada 5 Mac depan.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Azlina Amran, program yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia itu akan turut dimeriahkan dengan ikon usahawan wanita yang akan berkongsi isu sosial dan ekonomi.

"Apabila memilih artis untuk mengadakan persembahan pada acara itu kelak, kita mencari artis yang disukai golongan wanita.

"Jadi, tiga nama ini paling tepat memandangkan kebanyakan lagu mereka juga memuji wanita.

"Selain itu, turut ditampilkan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd, Aleeya Zailan dan penerima Anugerah Inspirasi Pesona Wanita Johor, Masitah Mohd Affandy," katanya.

A post shared by Shah Alam Convention Centre (@shahalamconventioncentre)


Beliau ditemui pada sidang media Wacana Srikandi sempena Hari Wanita Sedunia di SACC, Shah Alam baru-baru ini.

Selain itu, Wacana Srikandi juga akan dihoskan oleh Fedtri Yahya dan akan dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengulas lanjut, Azlina berkata, program tersebut bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan member inspirasi kepada generasi baharu untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.

"Dengan tema ‘Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender’, program ini menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri," katanya.



Untuk info, penaja utama program tersebut ialah PKNS, Menteri Besar Incorparated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan kerjasama Thrillerz dan www.myticket.asia.

Dalam pada itu, kepada mereka yang berminat untuk menghadiri program Wacana Srikandi boleh melakukan pembelian tiket menerusi pautan : www.myticket.asia

#Syamel #Anuar Zain #Ernie Zakri #wanita #Shah Alam #Hari Wanita Sedunia #SACC #Wacana Srikandi