Penganjuran acara tahunan Anugerah MeleTOP Era atau AME 2020 yang sebelum ini dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 12 April 2020 akan turut ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Ia susulan penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius di seluruh dunia serta sejajar dengan pengumuman yang dibuat pihak Kerajaan untuk menangguhkan sebarang perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan sehingga 30 April 2020.
Ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga yang diambil Astro untuk membendung penyebaran wabak tersebut bagi memastikan keselamatan kesemua pihak yang terlibat diutamakan.
Pihak Astro kini dalam usaha menetapkan tarikh baharu untuk acara tersebut dan masih belum boleh berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenainya kerana perlu mengambil kira situasi semasa COVID-19. Selain itu, faktor-faktor lain seperti ketersediaan lokasi dan kesesuaian tarikh para selebriti tanah air perlu dipertimbangkan.
Dalam pada itu, sesi undian fasa kedua untuk mengundi senarai Top 5 bintang kegemaran yang telah dibuka sejak 3 Mac lalu akan diteruskan seperti biasa menerusi laman web rasmi AME 2020 di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengahari.
Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 juga akan terus dibuat sejurus selepas talian undian ditutup, mengikut perancangan asal.
Pihak Astro memohon maaf di atas segala kesulitan dan berharap dapat berkongsi butiran lanjut berkenaan tarikh baharu dan lokasi AME 2020 dalam masa terdekat. Untuk sebarang informasi terkini mengenai AME 2020, sila layari www.anugerahmeletopera.com.my
Kamaruddin Razal
Mon Mar 16 2020


Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow

Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”
Tak sangka macam tu...

Prihatin Dengan Nasib Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Sufian Suhaimi Lancar Tabung Kasih - “Melihat Keadaan Puan Jahidah Yang...”
Kisah yang menyayat hati...

FAKHRI HIGH COUNCIL BANTAI WARTAWAN | Lawak Atau Koyak S2
Wartawan masuk air #LawakAtauKoyak ni buat Mierul Aiman menyirap. Soalan buat naik angin. Sikit lagi nak kena bantai.Kalau dekat asrama memang dah kena kurung dalam locker si Kecik ni. #HighCouncil
_2.png?ext=.png)
Akibat Lama Tidak Berlakon, Remy Ishak Alami Masalah Takut Berjumpa Orang; “Saya Kena Kembalikan Semangat Saya…”
Semoga semangat Remy kembali