Laman Utama

Anugerah Seri Angkasa 2022: Dukun Diva Rangkul Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik

Syafiqah Jalal
29/10/2022
16:16 MYT
Selepas enam tahun, Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) kini kembali pada malam pertama yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam tadi.
ASA 2022 menyaksikan drama bersiri premium Astro Original, Dukun Diva tayangan Astro Citra dinobatkan Drama Bersiri TV Terbaik.
Paling membanggakan Astro Gempak berjaya merangkul Anugerah Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik menerusi Drama Kampung Malar (Deepavali) yang diarahkan pleh Ezrie Ghazali.
Sementara Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik dimenangi oleh Hilal Azman dan Nabila Huda dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik.
Bertemakan Kemuncak Kecemerlangan ASA 2022 yang seiring dengan sambutan Jubli Emas, malam tadi telah menyaksikan 38 kategori dipertandingkan termasuk kategori TV dan radio.
Buat julung kalinya juga, ASA 2022 turut memperkenalkan lima kategori Media Baharu iaitu Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.
Setiap pemenang menerima sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM5,000.
ASA yang bakal berlangsung selama dua hari itu akan bersambung esok 30 Oktober 2022 di lokasi yang sama iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
ASA yang mulai dianjurkan pada tahun 1972 merupakan pengiktirafan Kerajaan dalam memartabatkan penggiat seni dan para karyawan industri kreatif tanah air.
Berikut senarai penuh pemenang bagi 38 kategori ASA 2022:
  • Anugerah promo radio terbaik – Promo Pentas (Best FM)
  • Pengulas Radio Terbaik – Rosdi Omar (Nasional FM)
  • Penyampai Berita Radio Terbaik – Tan Xin Rui (988)
  • Buletin Radio Terbaik – Utama Waktu Ini (Bernama Radio)
  • Liputan Berita Radio Terbaik – Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (Bernama Radio)
  • Drama Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Kampung Malar Deepavali (Astro Gempak)
  • Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Syawal Pertama (Asyik FM)
  • Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – YouTube Buletin TV3
  • Majalah Radio Terbaik – Untukmu Malaysia (Nasional FM)
  • Dokumentari Radio Terbaik – Cabaran Pendidikan Norma Baharu (Nasional FM)
  • Bicarawara Radio Terbaik – Mukjizat Terangung (Salam FM)
  • Rancangan Interaktif Radio Terbaik – Dondang Sayang Warisan (Melaka FM)
  • Rancangan Agama Radio Terbaik – Tanyalah Ustaz Suffan (Sandakan FM)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Radio Terbaik - SoFi Jikan (Nasional FM)
  • Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik – Kuna Muzani . Drama: Prihatin Tandanya Sayang (Selangor FM)
  • Set TV Terbaik – Mohamad Izwan Munshid - Halaqah 2020 (TV3)
  • Tatarias TV Terbaik – Azri Haji Seman – Yang tersembunyi (TV Okey)
  • Grafik TV Terbaik – Muhammad Aqil Aiman – Imbauan 2020 (TV9)
  • Kesan Khas TV Terbaik – Tuan Nazraififie Abdul Rahman – Halaqah 2021 (TV3)
  • Pengulas TV Terbaik – Rasdi Jumaat – Laporan Harian Sukan Olimpik Tokyo 2020 (TV Okey)
  • Liputan Berita TV Terbaik – Faris Izzat Shahrudin & Andy Reza Rohadian (RTM)
  • Laporan Khas Berita TV Terbaik – Kajang Bypas : Lebih Raya Atau Pusara – Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik (Astro Awani)
  • Promo TV Terbaik – Lagu Cinta Kita 3 – Ahmad Shahril Osman (TV3)
  • Montaj TV Terbaik – Fatkhul Aarif Hilaluddin - Berita Perdana (RTM)
  • Suntingan Rancangan TV Terbaik - Izhar Masuri - Capa Rengat Gulai Rawo (TV1 RTM)
  • Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik – Ustaz Kartun Dan Robojim (TV Al-Hijrah)
  • Animasi Tempatan TV Terbaik – The Five Elves: A New World (Astro Xiao Tai Yang)
  • Candawara (Gameshow) TV Terbaik – Panggung Memori (Astro Warna)
  • Rancangan Realiti TV Terbaik – Hijrahkan Laguku (TV Al Hijrah)
  • Bicarawara TV Terbaik – Lambaian Tidak Kesampaian (TV3)
  • Rancangan Agama TV Terbaik – Al Qariah (TV Al Hijrah)
  • Rancangan Sukan TV Terbaik – Aksi -Episod 1 (TV1)
  • Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik – Phua Chandler- Howdy My Friends (Astro Xiao Tai Yang)
  • Pelakon Komedi TV Terbaik – Nurkhiriah -Madu (TV Okey)
  • Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik – Hilal Azman – Amanat (TV3)
  • Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik – Nabila Huda – Jeti (TV3)
  • Drama Bersiri TV Terbaik – Dukun Diva (Astro Citra)
  • Anugerah Khas Juri - Halaqah (episod 7) : Bencana Muahasabahkah kita?
Artis persembahan : Adam, Nikki Palikat, Salma Asis, Idayu, Azlan & The Typewriter, Naqiu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Anugerah Seri Angkasa 2022: Astro Gempak Gondol 3 Anugerah Sekaligus! Semak Senarai Penuh Pemenang

gempak
30/10/2022
16:19 MYT
Tahniah buat semua pemenang!
Laman Utama

Anugerah Seri Angkasa 2022: Astro Gempak Berjaya Rangkul Anugerah Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik Drama Kampung Malar!

gempak
30/10/2022
13:49 MYT
Love Kampung Malar! Love Kampung Malar! Tahniah kepada pemenang.
Laman Utama

Astro Menang 15 Kategori Di Asian Academy Creative Awards! Tahniah Nadhir, Beto, Nad Zainal, Dukun Diva & ...

gempak
05/10/2022
15:05 MYT
Semak senarai pemenang di sini..
Laman Utama

6 Pasukan Berentap Lawan Boling Persahabatan Bersama Shalin Zulkifli, Astro Gempak Menang Tempat Ketiga!

gempak
02/08/2022
08:31 MYT
Acara santai malam Isnin.
Laman Utama

Siapa Yang Terkena & Mengena? Semuanya Terjawab Dalam Episod Akhir Dukun Diva Malam Ini

gempak
24/01/2022
11:04 MYT
Tak sabarlah malam ni!