Hiburan
“Anugerah Terindah Diberi Allah SWT” – Fazura Berehat Di Rumah, Bayi Dalam Keadaan Sihat
Selepas mengumumkan dirinya hamil empat bulan, pelakon dan penyanyi Nur Fazura mengakui dirinya dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.
Fazura berkata, cahaya mata adalah antara anugerah terindah diberi Allah SWT buat dirinya dan suami, pelakon yang juga penyanyi, Fattah Amin.
“Saya tidak pernah ada perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.
“Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.
“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.
Tambah Fazura lagi, dia bersyukur dengan kelancaran trimester pertama kandungannya.
“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah. Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” ujarnya.
Fazura dan Fattah dijangka akan menyambut kelahiran bayi mereka pada akhir tahun ini.
Must-Watch Video