Anwar Ibrahim Umum Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan, Ahmad Maslan Sah Menteri Kewangan
09/12/2022 13:27 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini mengumumkan senarai timbalan menteri Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Memetik Awani, beliau berkata senarai itu telah dimuktamadkan selepas mengadakan perbincangan dengan kesemua ketua-ketua parti yang terlibat, dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara awal hari ini.
Sementara itu, satu upacara angkat sumpah Timbalan Menteri akan berlangsung di Istana Negara jam tiga petang esok bersamaan 10 Disember 2022.
Berikut merupakan senarai timbalan menteri dilantik:
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Ahmad Maslan dan Sim Chee Keong Steven Sim
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Adam Adl
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Pengangkutan - Hasbi Habibullah
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Chan Fong Chin
Timbalan Menteri Ekonomi - Datuk Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Menteri Pertahanan - Adly Zahary
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Liew Ching Tong
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Yusuf Apdal
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi - Datuk Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Aiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Saraswathy Kandasami
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Khairul Firdaus Akhbar Khan
Timbalan Menteri Pendidikan - Lim Hui Ying
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Wilson Ugak Kumbong
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Datuk Sri Huang Tiong Sii
Timbalan Menteri Kesihatan - Lukanisman Awang Sauni