Laman Utama
Anwar Ibrahim, Wan Azizah Terima Suntikan Vaksin Di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini.
Menerusi laman sosial Twitter, beliau memberikan ucapan penghargaan kepada pasukan petugas perubatan di atas kerjasama yang diberikan.
“Terima kasih kepada pasukan petugas perubatan yang diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang proses berlangsung,” ujarnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli Parlimen Port Dickson itu sekali gus menggesa rakyat supaya segera mendaftar dalam program imunisasi melalui aplikasi MySejahtera.
“Saya menggesa rakyat untuk segera mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan jangan berlengah.
"Saya mencadang permudahkan proses pendaftaran dan ketika mengambil vaksin, memandangkan terlalu rumit dengan borang serta semakan," katanya.
Beliau turut berharap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan meningkatkan pembacaan mengenainya.
"Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini, dan seterusnya dapat membina serta memulihkan ekonomi kita," katanya lagi.