Laman Utama

“Anxiety Attack Is Real! Kenapa Korang Tengok Aku Selalu Jogging? Aku Nak Distract Benda Ni…” – Aril Pilus

gempak
Fiza Kamarudin
12/03/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
“Anxiety Attack Is Real! Kenapa Korang Tengok Aku Selalu Jogging? Aku Nak Distract Benda Ni…” – Aril Pilus
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus meluahkan perasaannya selepas terkena serangan panik (anxiety attack) sejak beberapa bulan lalu.
Aril ketika dihubungi Gempak berkata, tujuan dia membuat luahan bukan untuk meraih simpati atau merungut, tetapi ia sebagai penguat semangat dan pengajaran kepada orang lain.
“Saya tulis begitu di ruangan story laman sosial (Facebook) sebab nak bagitahu yang anxiety attack bukan benda main-main.
“Dalam satu-satu masa otak saya berfikir terlalu banyak benda.Tiba-tiba rasa sesak nafas, dada sempit, adrenalin dan jantung laju…Rasa macam malaikat maut datang nak cabut nyawa masa tu jugak.
“Saya sendiri tak pasti apa yang saya fikirkan tetapi yang nyata, haruslah mengenai apa yang sedang saya hadapi sekarang,” katanya.
Menurut Aril sepanjang hidupnya, dia tidak pernah terfikir akan terkena penyakit serangan panik.
“Saya pergi jogging untuk alih perhatian saya daripada berfikir benda yang bukan-bukan. Saya sudah bertemu doktor dan mendapatkan kaunseling serta khidmat nasihat.
“Doktor berikan saya ubat dan menasihatkan supaya menjalani gaya hidup sihat dan berfikiran positif. Insya-Allah, secara perlahan-lahan saya boleh mengatasi dan mengawalnya kerana saya tidak mahu anxiety attack ini menjadi lebih teruk.
“Saya berserah kepada Allah dan ikhtiar apa yang mampu. Saya percaya Allah tidak akan menguji hambanya melainkan hamba itu mampu mengatasinya,” kata Aril positif.
Dalam pada itu Aril berpesan kepada mereka yang mengalami tekanan dan mendapat serangan panik tidak malu untuk bertemu doktor.
“Jumpalah doktor secepat mungkin sebab anxiety is real! Selain itu, berdoalah dan mohon kekuatan daripada Allah SWT.
“Lakukan aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda daripada terus berfikir perkara yang tidak perlu, kita elak selagi kita mampu elak.
"Lagi pula dalam keadaan sekarang ini, ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19...Hilang kerja, hilang pendapatan tak mustahil akan terkena anxiey attack,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024