Laman Utama

Anxiety Di Tempat Ramai Orang, Hafreez Adam 'Lawan' Tanpa Bergantung Ubat

gempak
Zulaikha Yusof
02/04/2021
07:30 MYT
Sponsor Banner
Anxiety Di Tempat Ramai Orang, Hafreez Adam 'Lawan' Tanpa Bergantung Ubat
Pelakon Hafreez Adam, 31, mendedahkan dia mempunyai simptom anxiety iaitu gementar apabila berada di tempat ramai orang.
Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata disebabkan itu dia jarang membuat penampilan di mana-mana acara hiburan.
"Saya tak boleh berada di tempat ramai orang. Itulah sebabnya saya jarang tampil dalam mana-mana acara hiburan yang membabitkan artis.
"Tak tahulah orang ramai perasan atau tak yang saya jarang muncul di acara hiburan.
"Dunia saya ialah keluarga saya. Dalam dunia keluarga saya pun, saya ada dunia sendiri," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Monalisa menyatakan dia masih cuba mengawal anxiety tanpa pengambilan ubat supaya tidak memudarat di kemudian hari.
"Dulu saya klasifikasikan diri sebagai seorang yang 'introvert' tapi apabila sudah berlakon dan kenal dunia luar, perasaan sudah sedikit okay. Saya cuba seimbangkan perkara ini agar tidak membebankan.
"Saya ada buat temu janji dengan doktor tapi saya akhirnya tidak pergi. Bukan apa, saya tak nak bergantung dengan ubat dan sekiranya putus ubat akan jadi benda lain," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live