Berita
“Anytime Je Dah Nak Keluar…”- Demi Anak, Ardell & Nadzmi Adhwa Buat Pemeriksaan COVID-19
Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan dia dan isterinya, Ardell Aryana terpaksa menjalani pemeriksaan COVID-19 sebelum menjelang hari anaknya dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Nadzmi itu adalah SOP (Prosedur Operasi Standard) terbaharu yang perlu dipatuhi sebelum isterinya bersalin di mana-mana hospital.
“Covid-19 Test. Doakan kami agar baik baik sahaja.
“SOP terbaru sekarang ni sebelum bersalin wajib amik Covid-19 test ni,” katanya.
Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu dia menunjukkan proses pemeriksaan itu diambil.
Kata Nadzmi, pada mulanya dia enggan melakukan pemeriksaan itu tetapi demi anaknya yang bakal lahir nanti dia tempuhinya.
“Punya lah taknak buat test dari awal tapi disebabkan anak @babyadhwardell anytime je nak keluar dah kami sudah di test. Anda bila?” katanya lagi.
Terdahulu, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 30 dan suaminya yang juga pelakon Nadzmi Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September2019.