Skip to main content

Budaya Popular

Anzalna Dedah Rakan Lama Terus Senyap & Liat Bayar Hutang - “20 Tahun Tak Contact, Ingatkan Rindu Rupanya Nak Pinjam Duit”

main-image-(8).png

Menurut Anzalna, dia berasa segan dan malu untuk meminta kembali wang miliknya itu.

“Kita senyap sebab malu nak minta, ingatkan diorang boleh fikir sendiri, tapi rupanya masing-masing buat senyap juga. 

“Dah 5 tahun rasanya dah meninggal kot sebab senyapp ja! hahahahhahahha,” dedahnya tanpa berkongsi jumlah pinjaman wang tersebut. 

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia berasa kasihan apabila rakan lama muncul setelah sekian lama tidak bertegur sapa dengan niat hanya mahu meminjam wang. 

Anzalna juga tidak menyangka mereka terus berdiam diri selepas membuat pinjaman. 

“20 tahun tak contact tiba-tiba muncul. Ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit. 

“Dengar cerita merintih, kita pun kesian, terus bagi. Lepas dapat, terus hilang... Hebat hidup anda,” kongsinya lagi. 

Amzalna berkongsi perkara itu apabila memuat naik posting artikel Gempak mengenai nasib selebriti Zizan Razak yang mengalami kerugian jutaan ringgit apabila menjadi mangsa penipuan termasuk daripada rakannya sendiri. 

Must-Watch Video

Advertisement